Counting days..gembira vs duka

Assalamualaikum wbt,

Dalam 2 minggu akan datang ni..insyaAllah banyak perkara yang bakal aku rakamkan..as my tajuk di atas..ada suka dan duka...

SUKA : 
Ahad ni insyaAllah aku, en somi, my bestest cousin nina dan suami beliau akan ke Surabaya..melancong la katanya..the fact is kami dh rancang 8 months ago without knowing apa yg akan jadi kan..makanya semua dh bayar, tiket, hotel, supir jadi trip harus diteruskan, tp to be frank hati aku berbelah..

Aku gembira nk berholiday...tp dlm masa yg sama sedih. Sedih sebab akn tinggalkan Auni...masa beli tiket, Auni baru 1tahun2bulan, masa tu dia buat derk je kalau kne tinggal pun..skarang dia dh besar, dh pandai ckp, dh tau nk jalan2, dh pandai cari abi dan 'bubu'nya (dia panggil aku bubu instead of ibu..hehe)...sayunya hati nk tinggal dia..hrp2 dia tak rindu kami sangat...rasanya aku yg akn rindu dia sangat..aduh...

Lagi 1, dengan keadaan Aslam, ada terselit rasa bersalah, sedang adikku bertarung melawan kesakitan, aku pulak pegi merayau2..tp demi Allah...setiap detik tak pernah tak ingat dan doa untuk dia...

Kami akn balik Malaysia pada hari Khamis 14/3/13, will straight away balik kampung sebab mama dan abah ada buat kenduri doa selamat...sebabnya?

DUKA :
Malam jumaat tu ada kenduri doa selamat sebab mereka (mama, Aslam dan abah) akan bertolak ke madinah pada hari sabtu 16/3/2013. Kurang 2 minggu lagi, ditolak dengan kepergian ku ke Surabaya...tinggal beberapa hari je lagi...

Sebuah penghijrahan yang sangat tidak pasti apakah pengakhirannya...

Hanya boleh berdoa semoga Allah gembira dan tenangkan hati Aslam di sana, diberi kesihatan dan dipermudahkan membuat ibadah.
Semoga abah boleh bantu mama untuk jaga Aslam sebab mama ada tanggungjawab beliau di sana menyambung tugas mencari rezeki.
Semoga Allah kuatkan hati mama menggalas segala beban dan tanggungjawab.

dan...

Semoga Allah panjangkan umur mereka dan kembali ke Malaysia dengan selamat...bila tamat kontrak mama nanti..insyaAllah in October 2013..

Nampaknya Aslam bersemangat nk berhijrah...aku gembira tp dlm masa yg sama sayu sangat...semoga ada kesempatan untuk kami berjumpa lagi...

Aku akn merindui abah, Aslam dan mama (mama aku dh biasa..tp masih akn sgt rindu..especially her cook and advise). Rasa a bit lost..syukurlah aku masih ada suami dan anak buat peneman jiwa..stop merungut will you! bersyukur dengan apa yang ada...

Hidup perlu diteruskan, life is about uncertainty..percaya Qada' dan Qadar, Allah telah tetapkan yg terbaik untuk kita, biarpun hari ini nmpak kabur dan sukar..insyaAllah ada sinar di hujung jalan..

Ajarkan aku tentang sabar..sabar...dan sabar...

Sesungguhnya kita hanya berusaha, Allah sebaik2 perancang...ku bertawakal padaMu yaAllah...



Love,
Keceque

Ulasan

  1. Kasih sayang Ibu, Ayah & Adik-Beradik takkan terganti dengan sesiapa.Tapi insyaAllah, I will always try my best being there anytime u need me.

    BalasPadam
  2. Apa khabar dik? kak masuk ke sini segera mahu tahu apa perkhabaran terkini. Bagaimana dan apa yang berlaku ya dik setakat ini. Semoga semuanya lancar. Ameen

    BalasPadam
  3. JT Casino (NEW) | Online Gambling in Michigan - JeRHub
    JTG 익산 출장안마 Casino 정읍 출장안마 is 세종특별자치 출장안마 now open in New Jersey. Click here for 익산 출장샵 details 충청남도 출장샵 about our casino, casino games, deposit options,

    BalasPadam

Catat Ulasan

yang Mulia Encik2 dan Puan2 tukang komen...

Catatan Popular