Wanita dan Perjuangan : The Lady
Assalamualaikum wbt,
Ahad lepas aku berkesempatan menonton filem "The Lady" di HBO, Astro, filem ini diadaptasikan dari kisah benar seorg wanita bernama Aung San Suu Kyi.
Siapa dia AUNG SAN SUU KYI? meh kita sama2 baca dari wikipedia:
Aung San Suu Kyi dilahirkan pada 19 Jun 1945. Bapanya Aung San
merupakan pejuang kemerdekaan Myanmar/Burma dari penjajah United Kingdom pada 1947.
Aung San telah dibunuh oleh musuh-musuhnya pada tahun yang sama.
Suu Kyi telah dibesarkan oleh ibunya Khin Kyi bersama saudaranya Aung San
Lin dan Aung San
U di Yangon. Aung San Lin mati lemas
dalam sebuah kolam. Suu Kyi belajar di sekolah Katholik di Myanmar.
Khin Kyi (Mak Khin
Kyi) juga terkenal sebagai ahli politik di Myanmar. Beliau pernah dilantik
sebagai duta ke India pada 1960. Aung San Suu Kyi turut
pindah ke India dan belajar di Lady
Shri Ram College di New
Delhi pada 1964. Kemudian Suu Kyi belajar di St
Hugh's College, Universiti Oxford dan mendapat ijazah B.A
dalam jurusan falsafah, politik dan ekonomi pada 1969. Kemudian belajar di School of
Oriental and African Studies, Universiti London pada 1985.
Suu Kyi pernah bekerja dengan kerajaan Myanmar . Pada 1972 berkahwin dengan
Dr Michael
Aris seorang warga Tibet yang tinggal
di Bhutan. Kemudian mendapat anak lelaki
bernama Alexander di London . 1977 mendapat anak kedua , Kim semasa di belajar
di Universiti
Georgetown dari Januari 1991 hingga Februari 1991
Aung San Suu Kyu kembali ke Myanmar pada 1988 untuk menjaga ibunya yang
sakit. Secara kebetulan , pemimpin sosialis , Jeneral Ne Win
dijatuhkan , mengetuai rakyat mengadakan demontrasi untuk mendapatkan demokrasi
pada 8 Ogos 1988 di mana kerajaan junta tentera telah mengambil alih kuasa.
Suu Kyi sangat dipengaruhi oleh falsafah
tanpa kekerasan dan idealisme
Mahatma
Gandhi . Beliau menyertai Liga Demokrasi Kebangsaan pada 27
September 1988 dan ditahan dalam rumah sejak 20 Julai 1989. Dia ditawarkan
kebebasan jika meninggalkan negeara itu tetapi dia menolak.
Pada 1990 majlis pemerintahan tentera
Myanmar mengadakan pilihan
raya dan parti Liga Demokrasi Kebangsaan telah
menang. Sepatutnya Suu Kyi dilantik sebagai Perdana Menteri Myanmar tetapi junta
tentera menafikan kemenangan tersebut. Aung San Suu Kyi telah memenangi 392
daripada 485 kerusi. Berikutan itu Suu Kyi telah menerima anugerah Sakharov
Prize dan Hadiah Keamanan Nobel pada 1991. Anak-anaknya Alexander
dan Kim mewakili
beliau untuk menerima anugerah tersebut. Suu Kyi menggunakan wang tunai 1.3 juta
USD yang dimenangi untuk tujuan kesihatan dan pendidikan rakyat
Myanmar.
Kerajaan junta tentera telah membebaskan Suu Kyi pada Julai
1995 untuk melawat keluarganya di United Kingdom dan tidak dibenarkan pulang.
Suaminya Dr Michael
Aris seorang warganegara United Kingdom menjalani pemeriksaan kanser
prostat pada 1997, kerajaan Myanmar
enggan memberi sebarang visa.
Pada Pilihan raya umum Myanmar 2010,
parti beliau telah memboikot pilihan raya. Beliau tidak dapat bertanding kerana
masih dalam tahanan rumah. Pada 13 November, akhirnya Aung San Suu Kyi
dibebaskan dari tahanan dalam rumah atas arahan rejim.
Aung San Suu Kyi muka depan majalah TIME |
Filem adaptasi ini dilakon semula oleh Michelle Yeoh sebagai Suu Kyi, and aku betul2 impress dgn lakonan beliau. Selain dari wajah yg seakan sama dengan Suu Kyi sebenar, Michelle berjaya menghayati karakter tokoh politik ini dengan sangat berkesan...sbb aku menangis la jugak tgk citer ni...hehe
Apa yang aku nak tulis adalah kekaguman aku terhadap tabah dan hebatnya perjuangan seorg wanita bernama Suu Kyi ni.
Bukan mudah seorg wanita bergelar isteri, ibu kepada 2 org anak terpaksa berkorban segalanya demi negara. Bukan mudah memperjuangkan demokrasi dan membebaskan negara dari rejim yg zalim.
Beliau dikurung di rumah sendiri selama 21 tahun (2 kali bebas dan masuk semula) oleh rejim dan kemenangan beliau dlm pilihanraya dinafikan.
Semasa suami beliau bertarung dengan kanser (suami dan ank2 di London), beliau ditawarkan utk pulang ke London dan bebas. Beliau menolak kerana tahu hak untuk pulang akan ditarik maka selamanya beliau tidak dibenarkan utk pulang ke Burma meneruskan perjuangan. Oleh itu beliau harus memilih antara keluarga dan negara.
Akhirnya beliau tidak berkesempatan bersama suami ketika saat akhir, kerana memilih untuk bersama rakyat dan negaranya. Sedih, kalau terjadi pada kita..mcm mana ye..tak sanggup kan?kentalnya jiwa seorg fighter.
Ada satu scene di mana beliau sanggup membuat mogok lapar selama 12 hari selagi pihak rejim tidak membebaskan rakan2 seperjuangan beliau.
Masa ni aku sgt teringat diskusi bersama sahabat sahabiah di 'bulatan gembira' semasa di Uni dulu. Jalan perjuangan tidak mudah dan tidak dihampar permaidani merah. Sentiasa beronak, berliku dan berduri.
So, if u are a leader, tp anda sangat mewah, bersenang2 sedangkan rakyat yg anda pimpin menderita dan terseksa..hmm..tepuk dada tanya la iman...
Aku percaya, pemimpin yg baik adalah pemimpin yg jika rakyatnya susah, dialah org yg 1000 kali lebih susah...atau sekurang2nya at par dengan rakyat. Bkn tatkala rakyat dan org yg dipimpin duduk di pondok, rumah pun tak mampu milik tp anda ada banglo yg tak terhitung berapa bijik?!..ekhem!
Apapun...filem ini adalah wajib tonton! Aku bagi 4.5/5...hehe
p/s-kita pun ada 'perjuangan' yg belum selesai...ehhh..bila Parlimen Malaysia nk bubar ni..hmmm...
Love,
Keceque
Ulasan
Catat Ulasan
yang Mulia Encik2 dan Puan2 tukang komen...