Its not Chondrosarcoma, Its EWING Sarcoma!!!

Assalamualaikum wbt,

Pagi Selasa 5/2/2013, aku amik cuti lagi sbb nk bawak Aslam n mama ke PPUM, me n hubby htr diorg ke PPUM then kami gegas amik result di SDMC.

Hancur luluh hati aku bila tgk final biopsy result adalah EWING Sarcoma!

Waktu tu aku tak ingat what is the cancer exactly tp yang aku ingat jenis Ewing ni adalah sel kanser yg aggressive...aku menangis dlm hati sepanjang perjalanan dari SDMC ke PPUM...aku cuma mampu berdoa Allah beri kekuatan pada Aslam untuk terima berita ni....

Sampai PPUM, mmg doc pakar, mama n aslam dh kat bilik doc tgh tgu result biopsy. Tak lama lepas tu aku nmpk Aslam keluar ke toilet..aku rasa dia menangis..

Rupanya doc explain pada mama n Aslam, kne ubah plan, Aslam tak boleh buat operation straight away sbb its not Chondro, immediate treatment adalah chemo, bagi tumor tu shrink, baru boleh buat surgery. Without chemo, chances of survival hanya 6 MONTHS!

Betul..doktor bukan Tuhan...ajal dan maut hanya Allah yg mengetahui..mereka hanya beri fakta based on research and statistic..kita manusia yg lemah ni hanya mampu usaha, doa dan tawakal...dan sebab itu kami harus terus positif utk mendapatkan rawatan Aslam.

Aslam has decided from the beginning dia mmg tak mau chemo. Memg pada mulanya kami agak terkilan, tp bila fikirkan balik kami ikut saja permintaan Aslam.

Dia nak usaha cara lain Perubatan Islam (Darussyifa') or Homeopathy or apa saja but not chemo...
Kami akur sbb Aslam yg tanggung segala beban, kami hanya boleh support.
Dia kata pada mama, takpe ma..kita usaha cara lain, selebihnya serah pada Allah, kalau ditakdirkan Aslam panjang umur Aslam bersyukur tp kalau dah sampai masanya Aslam kembali, dia redha....

Doa, Usaha, Sabar, Tawakal dan Redha...itu sahaja kami mampu lakukan, aku tgk Aslam sangat kuat hadapi berita ni..beliau semakin patuh solat awal waktu, syukur2 alhamdulillah..ujian ini menjadikan dia hamba Allah yg baik....disebabkan kekuatan beliaulah, aku ajar diri untuk terima keadaan ini dan redha...

Aslam kata, sekurang2nya Allah dh bagi warning so Aslam boleh prepare siap n dia tersengih2...yaAllah adikku...aku menangis lagi dlm hati...

Tapi betul juga kata Aslam, sekurang2nya Aslam dah bersedia, aku macam mana? Ajal maut hanya Allah yang tau..sesiapa pun boleh kembali sepantas petikan jari tidak lewat atau cepat barang sesaat!

Plan kami juga berubah. Asalnya mama nak berhenti terus n stay for good jaga Aslam di Malaysia. Tapi since Aslam taknak teruskan perubatan konvensional, mama decide utk continue kerja di Saudi n bawak Aslam ke Madinah.

Rasanya buat masa ni, ini adalah keputusan yg terbaik utk kami semua...
Aslam pun agree...alhamdulillah..biarlah beliau tenang buat ibadah di sana, keperluan perubatan kami akn supply dari Malaysia..sekurang2nya dia dekat dengan mama n mama pun takkan tinggalkan Aslam lagi...
Sungguh setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi yang tak terjangkau oleh kita...

to be continued...



Love,
Keceque  

Ulasan

Catatan Popular