Mati itu pasti, akhirat itu kekal abadi....Selamat jalan adik....

Assalamualaikum wbt,

Sukar. Semasa aku melangkah 1 Jan 2013, aku tak pernah sangka tahun ini akn jadi begitu sukar. Mungkin sebab itu juga Allah makbulkan hasrat terpendam 10 tahun aku untuk merealisasikan sebuah blog. Supaya aku boleh coret segala suka duka pahit manis asam geram hidup ini...

Akhir Januari lepas, Aslam didiagnosis mengidap Ewing's Sarcoma, sejenis kanser soft tissue yang jarang2 berlaku..ya..hati ini dh pedih..pedih untuk terima hakikat bahawa ahli keluarga kita menghitung hari dan bakal pergi knowing the fact that the chances of recovery was very slim...sigh...

Tp as i said before..kami telah redha dengan segala ketentuan...Allah telah merancang yang terbaik untuk kami...ujian tanda Allah sayang...

Rupanya, R.E.D.H.A itu bukanlah semudah melafazkannya...wahai manusia, benarkah kamu beriman denganKu?
Maka Allah uji kami lagi...

19 April 2013...smpai di rumah pulang dari kerja jam 615pm...aku terima panggilan dari abah
'along, ada berita tak baik, bangah dah takde!'
"pakmat?pakmat mana ni?" aku waktu tu memg blur, aku dengar mcm abh sebut pakmat
'yaAllah bangah..bangah..adik..!' suara abah dh mula meninggi..
innalillah...gelap sekejap..speachless..buntu...abah ni salah sebut ke..apa dh jadi dengan keluarga aku ni...

Buat pengetahuan semua..aku hanya ada 3 beradik..aku ank yang sulung...dua lagi adik lelaki..
Anuar dan Aslam...khabar tentang kematian adik (panggilan keluarga utk Allahyarham Anuar) menghancur luluhkan hati yg sedia luka ni...

Sungguh! Kita ni hamba yg dhaif dan lemah...tiada upaya menanding qada' dan qadar Allah...
Allahyarham pergi dengan mudah,beliau  tidak sakit, dijemput Allah pada hari Jumaat yang mulia dan di tempat yg suci, masjid Negeri Shah Alam..

Alhamdulillah mama sempat sampai menemui jenazah buat kali terakhir..dengan segala perih jerih...

Aku tak dapat bayangkan perasaan mama waktu itu. Cuba membayangkan untuk berada dlm situasi beliau pun aku tidak sanggup.

  • anak bongsu baru saja didiagnos kanser
  • masih perlu terus berkerja di perantauan, berpisah dengan suami dan ank2 demi membiaya segala kos kehidupan
  • hiba dihati masih belum reda, dikejutkan pula dengan berita kematian anak kedua, mengejut.
  • dengan cuti yang tidak berbaki, dengan duit tak mencukupi, wajib pulang utk menemui jenazah anakanda, tak pasti sempat atau tidak utk menatapi
Alhamdulillah Allah itu Maha Adil. Mama dibantu oleh selutuh rakan2 beliau di Saudi sana. Dari urusan tiket, permohonan emergency unpaid leave dan segala urusan packing dilakukan oleh sahabat2 mama disana..terima kasih kalian..syurga Allah menanti...

Aku sampaikan berita kematian adik melalui whatsapp setelah berkali2 cuba menelefon tp gagal...sebaik terima berita mama memg hilang arah...yaAllah aku sendiri tak dpt bayangkan...sedihnya hati waktu itu hanyaAllah yang tahu, sedih kerana tak dpt membantu mama....

Akhirnya dengan izin Allah mama sempat 'jumpa' adik buat kali terakhir....seluruh tetamu mula mengalirkan airmata bila mama melangkah masuk rumah meluru ke jenazah adik yang kaku.. "assalamualaikum adik...mama halalkan susu dan semuanya..." aku cuba...trying so hard utk tidak mengalirkan airmata, trying so hard utk jadi tabah dan kuat sbb mama sgt fragile waktu itu...Oh Allah...

tp hakikatnya...

Adik..ketahuilah sesungguhnya along maafkan dan halalkan apa saja antara kita. Along tetap sayang ko dunia akhirat, kita tetap adik beradik dunia akhirat, along harap adik maafkan along atas segalanya dan ketahuilah kami semua sayangkan ko....
Selamat menempuh alam baru..kita semua akan ke sana hanya Allah yang tahu bila waktu dan tikanya kita akan berjumpa...semoga tenang dan bahagia dik..AlFatihah...

Life must goes on...no matter how hard it is...semua org masih dlm shock state..hati aku tambah pedih tgk kedukaan abah walaupun abah cuba sembunyikan...
Hati aku pedih dengan putus harap Aslam kerana merasakan dia juga akan menyusul abangnya tidak lama lagi...
Hati aku sengsara dengan mama yg fobia dengan satu lagi kehilangan...
yaAllah semoga Kau beri kami kekuatan menghadapi hidup yang sukar ini...berilah kesembuhan kepada adikku..kasihanilah kedua ibubapa ku...semoga mendung ini berarak terus...


during my engagement day..Allahyarham Anuar berbaju biru, Aslam wiith 'peace'...gambar begini tak mungkin dapat kami ambil lagi...AlFatihah... :' (



Love,
Keceque


Ulasan

  1. "Assalamualaikum, Dik...." T_T

    ya Allah masih terngiang-ngiang lagi dialog itu...

    BalasPadam
  2. Sedih.. Sbr sabar sahabat...

    BalasPadam

Catat Ulasan

yang Mulia Encik2 dan Puan2 tukang komen...

Catatan Popular