Kembara Kaki : Umrah (Mekah - Miqat dan Ihram)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah...mari kita sambung lagi....

Bagi yg baru jumpa entry ni sila rujuk entry terdahulu aku di sini dan di sini 

Selesai check out dari hotel di Madinah, kami pun bertolak untuk Miqat di Birr Ali. Apa itu Miqat?
Jom aku share dari wikipedia.

Miqat (Bahasa Arab: ميقات‎) merupakan sempadan bagi ibadah haji seseorang itu dikira bermula (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji perlu mengenakan kain ihram mereka dan memasang niat. Miqat digunapakai bagi haji dan umrah.
Miqat dibagikan kepada 2 :
  1. Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:
  • Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah iaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.
  • Bagi umrah pula, miqat zamani bermula pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.
  1. Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:
  • Bagi mereka yang duduk di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). Bagi umrah pupla ialah keluar dari tanah haram Makkah iaitu seelok-eloknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.
  • Bagi mereka yang datag dari sebelah timur seperti Malaysia, Singapura dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) atau Jeddah (ﺟﺪﻩ).
  • Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).
  • Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil (ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ).
  • Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ).
  • Bagi yang datang dari bahagian Iraq pula adalah di Dzatu 'Irq (ﺫﺍﺕ ﻋﺮﻕ).
Since kami dari Madinah, maka kami miqat di Birr Ali
mama di Birr Ali

 Apa yang perlu dibuat ketika Miqat?
Kami memakai ihram, solat sunat dan berniat ihram.
Bagi jemaah wanita agak mudah, pakaian kita seperti dalam solat. Bg aku mudah je, pakai jubah, stokin n telekung. Selesa dan mudah bergerak.

Bagi jemaah lelaki, pakaian ihram adalah seperti di bawah.
Selesai berniat ihram maka bermula la detik agak mencabar iaitu menjaga pantang larang dalam ihram.
 1, TAK BOLEH MENUTUP KEPALA @ SEBAHGIAN DRPDNYA BG LELAKI SEPERTI MEMAKAI SONGKOK @ TOPI,
MELETAKKN SESUATU DI ATS KEPALA DAN SEBAGAINYA TETAPI BOLEH BERTEDUH DI BWH POKOK ATAU MENGGUNAKAN PAYUNG..

2, TAK BOLEH MEMAKAI PAKAIAN BERSARUNG ATAU BER JAHIT DAN BERCANTUM BG LELAKI SEPERTI SELUAR ,BAJU DAN SEBAGAINYA. TTAPI TALI PINGGANG DANCAPAL BERJAHIT BOLEH DI GUNAKAN. KASUT YG TAK NMPK JARI DAN BERTUMIT BOLEH DI GUNAKN OLEH LELAKI..

3, TIDAK MENUTUP MUKA BG PEREMPUAN. TETAPI TIDAK APA BG LELAKI SEPERTI HIDUNG, UTK MENGGELAKKN DRPD HABUK.. MEMAKAI CERMIN MATA TIDAK DI LARANG PENGGUNAAN NYA..

4, TIDAK BOLEH MEMAKAI SARUNG TGN..

5, TAK BOLEH MEMAKAI BAU-BAUAN PD BDN, PAKAIAN, @ MENYEDUTNYA KE DLM HIDUNG- KALU TERKENA, CPT2 TANGGALKAN NYA..

6, TAK BOLEH MEMAKAI MINYAK RAMBUT DI KEPALA @ JANGGUT..

7, TAK BOLEH MENANGGALKN @ MEMOTONG RAMBUT @ MANA-MANA BULU PD ANGGOTA BDN..

8, DI TEGAH MENGERAT, MENEBANG, @ MENCABUT POKOK-POKOK TUMBUHAN DI TANAH HARAM KECUALI POKOK YG MATI KERING..

9, DI TEGAH MENGERAT @ MEMOTONG KUKU, JUGA MEMBINASAKANNYA..

10, TAK BOLEH MEMBURU BINATANG BURUAN YG HALAL DI MAKAN @ MEMBINASAKANNYA SAMA ADA DI TANAH HALAL @ HARAM..

11, DI LARANG SAMA SEKALI BERSETUBUH(LARANGAN INI JIKA DILAKUKAN SEBELUM TAHLUL AKN MEMBATALKAN UMRAH DAN WAJIB MENGQADA' SERTA-MERTA DAN MEMBYR DAM SEEKOR UNTA MENGIKUT PERATURANNYA..)

12, TAK BOLEH MELAKUKAN PENDAHULUAN PERSETUBUHAN SEPERTI CUMBU-CUMBUAN..

13, TAK BOLEH AKAD NIKAH SECARA IJAB @ QABUL UTK DIRI SENDIRI @ MEWAKILKAN ORG LAIN @ MENJADI SAKSI AKAD NIKAH. JIKA INI BERLAKU MAKA, PERNIKAHAN ITU TIDAK SAH
 to be continued....



Love,
Keceque

Ulasan

  1. The King of Dealer Sportsbook & Casino Reviewed
    Check 우리카지노 out the current, historic sportsbook, casino, and sportsbook bonuses in 2021. Read our review and experience the site's usability and features. Rating: 4.5 · ‎Review by theKingofDealer

    BalasPadam

Catat Ulasan

yang Mulia Encik2 dan Puan2 tukang komen...

Catatan Popular