Review : Filem Melayu (Sepah the Movie)

Assalamualaikum wbt,

Hari ahad baru ni aku lepak je kat umah since hari sabtu dh seharian jalan sana sini dr pagi smpai ke malam..hehe..sila baca entry ni

So antara aktiviti kami adalah menonton DVD..DVD Melayu 'Sepah da Movie'..ahaks!

Memula ingat nk beli je kat astro first..tp tgk2 murah lak DVD ni RM13.90 je..so rembat la...kami tertarik pun sbb ada gang2 sepah ..n masa ni mereka masih Sepah (mamat ada lgi).

Lgi satu sbb ada Anzalna..aku suka dia weyh..aku tak suka Neelofa..haha tetiba!

Filem ni mengisahkan 3 org jejaka (Sepah), bekerja kilang, hobi main motor scrambler (ala2 gila2 remaja..huhuh)..kira diorg ni hebat la..selalu menang bila ada motorcross...

Then 1 day ada sorg minah cun, Ayu (Anzalna), masuk keje kat kilang. Beliau ni trainer. So as usual la bilamana Sepah ni nmpk, masing2 terpikat...nk dijadikan citer, diorg kne jalani training untuk naik pangkat n gaji so Ayu la yg jd trainernya...semakin angau la mereka ni..masing2 nk jadi bf Ayu...

Malangnya pengurus kilang, Basit (Jehan Miskin) pun minat Ayu, dia watak jahat la dlm citer ni..ank org kaya then rupanya parent Basit kenal ngan parent Ayu, so mereka ditunangkan..gigit jari la Sepah..

Ditambah lak kekalahan mereka kepada Basit dalam 1 perlumbaan motorcross ni...(menyebabkan Jep patah kaki, MC n mintak kwn2 lagi 2 org tu kenenkan Ayu utk dia) so 1 day Jep beranikan diri jumpa parent Ayu n bitau Basit ni playboy etc, Ayu pun hangin n halau Jep..Jep patah hati..

Tetiba Jep dpt semangat baru n cabar Basit utk 1 more game..

Adakah Basit setuju? Apa jadi bila awek Basit jumpa Ayu n bongkarkan skandal beliau dengan Basit?
Adakah gang Sepah menang dlm perlumbaan kedua tu? Siapa yg akhirnya jadi pilihan Ayu...

Jeng3..yg tu korg tgk sendiri la eh..nnti tak saspen lak....

Actually filem ni biasa2 je..cliche filem melayu...cuma kalau nk tgk sesuatu yg light n release tension bolehla tgk...lawak2 gang Sepah ni mmg terrbaekk la..hehe..sumpah aku gelak betul2 bkn senyum2 kambing je..haha..

Silalah tgk ye..overall boleh bagi..7/10.





Love,
Keceque

Ulasan

Catatan Popular